
sudah lama tak update blog,tiba-tiba dah selamat tinggal zaman persekolahan,Sudah pasti blog post ini akan cerita pasal sekolah.
malas punye pasal nak update blog nie,bajet je minah ni kan konon blaja lah,
tapi result masih sama hahaha .
pada tanggal 20 disember 2010 tepat pada pukul 4.00 petang,
tamatlah peperiksaan SPM,yeah dan saya antara calon yang terakhir habis exam kerana
paper ekonomi asas adalah paper yang terakhir dalam SIJIL PELAJARAN MALAYSIA.
cerita pasal SPM,
minggu pertama kertas subjek Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Sejarah saya DEMAM,
mungkin dugaan untuk menghadapi SPM,
Jangan sesekali bertanya soalan sebegini
- How's the paper?
- okay tak SPM?
- boleh jawab tak tadi?
- dan lain-lain (tak ingat banyak sangat soalan)
bukannye sebab bodoh sombong,angkuh,unsociable,malas nak layan ataupun apa2 yang negatif terlintas di fikiran tidak ada kena mengena lansung.Ia kerana saya pun tak tau -___-
bagi saya,SPM sukar dijangka.
ouh,yang kat atas nie gambar hari terakhir kami menjawab SPM.
dan sekolah ini juga mempunyai 1000 satu kenangan termasuklah perasaan gembira,sedih,merana,marah dan banyak lagi.Semuanya mematangkan diri saya dan menjadilah
SYAZANA pada masa kini yang anda kenal.
ini lagi satu gambar,dia guru pendidikan islam,dia ajar saya ketika saya tingkatan 3.Dia BUKAN CIKGU FAVOURITE saya tapi dia istimewa,kenapa? sebab dia baik,caring + macam-macam lah lagi tapi bukan itu yang nak bagitau,dia ajar kakak saya ketika kakak saya tingkatan 3 juga pada 10 tahun yang lalu.Saya tahu cerita agak membosankan macam budak skema,tapi berapa ramai yg adik- beradik dia dapat guru yang sama selepas 10 tahun berlalu??kalau ade pun hanya 18%.
P/s:tak taulah nak cerita apa, dah lama tak tulis :)