Saturday, April 9, 2011
JPJ
Alhamdulillah,akhirnya lulus gak JPJ test.minggu lepas JPJ test ,ceh lagi sikit je nak lulus dah.boleh fail kat 3 penjuru,part plg senang kacang mamak goreng.haisshh bukan rezeki kot,then sambung test bahagian tiga iaitu jalan raya,then masa test on the road entah kenapa tiba-tiba menggelabah semua macam tak kena je,terkejut kot sebab fail 3 penjuru walhal masa latihan dah okay dah.JPJ tu siap cakap suro tukar gear 2 walhal aku baru je nak pegang gear,then siap ajar tekan clucth siap tunjuk jalan lagi then pak cik uh cakap "bukan senang kan nak dpata JPJ yang siap ajar lagi masa test"aku "aah".Padahal dah berpuluh-puluh kali round tempat yang sama masa latihan.macam tak pernah buat je kan syazana? pak cik JPJ ( pak cik ke?) sungguhlah peramah,siap tanya duk kat mana,sekolah kat mana,siap cerita adik dia umur 19 tahun.mula-mula aku memang dah plan tak nak cakap ape-ape tapi memandangkan aku bawa kereta pun entah apa apa (something is wrong,you know?) aku pun layan je lah borak dengan dia,siap dia tanya result aku straight to the point beritahu secara TERPERINCI result aku ,tak pernah-pernah aku bagitau result kat orang yang aku tak kenal and tak rapat,kalau nak sangat tau pun aku pancing minta result SPM diorang balik (tau pun tak nak jawab kan?)haha.then dah sampai boleh tanya aku "nak lulus ke tak ni?" aku "eh,mestilah nak lulus.hehe" ALHAMDULILLAH , LULUS juga test bahagian 3.then aku repeat balik test JPJ untuk bahagian 2.alhamdulillah aku LULUS so secara keseluruhannya aku lulus dan bakal mendpat lesen P ( batak betul minah ni,macam dia sorang je lulus) hahaha
nak tengok boyfriend syazana nyanyi?
p/s: silalah melihat video ini haha !
Pada malam itu,pergilah kedai mamak untuk beli roti gardenia,tiba-tiba ade akak ni cakap " dah tak keje lagi?" akak ni memang kenal aku sebab selalu beli makanan + air kotak milo + etc dari dulu sampai sekarang.dari kecil sampai besar, dari aku sekolah menengah sampai habis SPM,dari keje sampai dah berhenti keje ( berapa banyak nak dari nie? )haha.mana tak nya aku gi kedai uh pukul 10.15 pm lepas aku balik keje dengan uniform tudung putih baju putih seluar hitam kasut hitam.macam pekerja kilang dah aku.Aku memang tak teringat pun pasal aku pernah keje jadi cashier ,bila akak tu tanya baru aku sedar dah lama aku tak keje + tak kena marah + tak kena bebel tiap2 hari + gelak-gelak + jerit-jerit + bodek kak ros nak rehat awal (sekali je aku try,eh tapi tak menjadi punn) + kira duit lambat-lambat + cari beg plastik kat stor yang bersepah uh + lupa tandatangan kat report + blablabla.. kalau senarai takkan habis sampai esok dan itu semua perkara yang acap kali dilakukan 2 bulan yang lalu,ia bermakna dah 2 bulan juga aku menjadi PENGANGGUR TERHEBAT :)
