Tuesday, July 5, 2011

sing-a-long

Location : LAB 08, Bangunan Pentadbiran
Time : 2.30-4.30 pm

Ceritanya bermula apabila lecturer suruh student-studentnya buat nota dan dijadikan lagu untuk dibentangkan di hadapan rakan rakan sekalian dan  diberi tempoh menyiapkan tugasan tersebut dalam masa 2 minggu.Memandangkan group kiteorang 3 orang je walhal yang lain sampai 4-5 orang ahli,kiteorg plan nak record je suara kiteorang.

Pada hari yang dinanti-nantikan, bermulalah sketsanya,mula-mula lecturer suruh sesiapa yang mahu jadi volunteer bentangkan tugasan tersebut.Then tak ada sorang pun nak volunteer,seperti biasa aku pun TAK AKAN jadi volunteer.Lecturer pun bahagi-bahagikan kiteorang kumpulan mengikut nombor dan pilih ketua masing-masing.Baru je plan nak suro Hilma jadi ketua,lecturer sebut je group 6,SELAMAT dah Hilma jerit nama minah nie “SYAZANA”,okay then

 group pertama present.....

“group pertama yang bertuah adalah group SYAZANA “ cepat gile group aku dah kena panggil.Selepas itu,pergilah ke hadapan Hilma cucuk pendrive dia,click click click dan click,Ya Allah tak boleh bukak video dan audio yang kiteorg buat.pehhh...hanya Allah je yang tau macam mana perasaan kiteorang tak boleh bukak video tersebut.Sebaik arr malam semalam aku dah buat lirik dia kat powerpoint and lagu “Just The Way You Are” instrumental  pas uh masuk kat dalam pendrive incase ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.Entah kenapa hati aku tergerak nak buat perkara tersebut walhal time uh dah pukul 11.45mlm yang sewaktu itu aku selalunya sudah diulit mimpi.

APA LAGI,nyanyi lah kteorg tanpa sebarang practice,maaflah kepada mereka yang ade dekat dalam LAB 08 kerana terpaksa mendengar suara kami yang tenggelam timbul + nyanyi main langgar je tak ikut rentak lagu pun
.Kesimpulannya,suara kami sedap kan ? tak hujan pun..Ya kami memang suka perasan sebentar dan sesungguhnya korang patut bersyukur sebab jangan haraplah aku nak nyanyi depan public macam tadi,sebab suara aku emas dan saya PEMALU ! pemalu ke ?