Sunday, November 6, 2011

satu melepas,yang lain datang

Salam Aidiladha,
Sudah pasti raya kali ini sungguh berbeza daripada biasa.Kenapa ? kakak aku tak ada.aku fikir raya haji kali ni ,aku sorang-sorang jelah yang nak kena lap daun palas,buat kek,buat ni, buat tu dan macam-macam kena buat.Nasib baik lah kakak ipar aku datang.Okay,keje aku yang selalunya lap daun palas telah diambil alih oleh kakak ipar aku.Tiiihhiiii.Itu tak bermakna aku BULI or AMBIL KESEMPATAN ATAS KEBAIKAN dia okay ? aku buat kek dan kopek kulit kacang.Bila kakak ipar aku ade,Tak ada lah sunyi sgt rumah ni untuk buat kali pertama aku raya tanpa kakak aku.Tiiihiii.Ya, aku TAHU,”biasalah tu bila kakak dah kawin”,bak kata kawan-kawan aku.aku penat dengar ayat ni.aargghh korang boleh lah ckp macam tu walaupun memang betul kakak or abang kau ade yang dah kahwin tapi still tak sama dengan aku sebab kau ade lagi adik beradik yang lain belum kahwin.Bila kakak aku dah kahwin,aku selalu terfikir ,asal aku takde adik beradik yang ramai seperti orang lain ?Sudah-sudah lah cik syazana.bersyukur ye? bersyukur.Next time raya aidilfitri,raya sorang lah aku dengan parents aku.heeee.Macam mana pula eh ? Aku dah biasa kot nanti.

I don’t need your sympathy,i just need your empathy.

Tanggal 4 November merupakan ye,aku tau birthday Chandra.HAPPY BIRTHDAY CHANDRAJ dan hari paling mendebarkan bagi pelajar UiTM.result keluar oh!Aku nak tidur tapi tak boleh tidur.Aku still paksa mata aku untuk tidur,takut aku tak boleh nak tidur bila dah dapat tau result,karang nangis tak berlagu aku.heh.Lepas solat subuh,hati aku meronta-ronta nak buka email check result,tapi aku paksa jugak  diri aku ni tidur dan tetap tak boleh tidur juga.At the end, aku decide “bukak jelah,kalau teruk sangat terus tidur tak payah bangun  sampai tengah hari”.Then..Alhamdulillah,aku tak pernah sangka aku dapat .Allah kabulkan doa aku,bak kata roommates aku “ nak doa,doa yang tingi-tinggi macam kalau kau target B,kau minta dapat A+”,baiklah cik Arina.aku amalkan ape yang telah kau sampaikan padaku.Aku tak target sem ni,sebab aku tak tau ape aku buat,kat kelas pun asyik tertidur.Balik bilik baru aku nyesal,baru aku nak buka buku pastu tak faham then baru terhegeh-hegeh nak cari qila,Tanya tu Tanya ni,sebaik lah dia duk selang sebilik je.Orang cuti study week,semua stay ,kau sorang je balik.Bila gap punya panjang sampai  9 hari semua sibuk balik,kau menggedik nak stay.Dengan paper CTU aku baca last minute & buat revision English malam sebelum exam.eloklah tu.sem 2 macam mana pula ?

thanks kawan-kawan sebab sudi ajar aku especially aqila ♥.

Aku tak sama macam rakan-rakan yang sama group dengan aku.Cita-cita & Harapan diorang sungguh tinggi menggunung.nak tau ape diorang punye mission ? nah,antaranya :

nak dapatkan 4 flat every semester.
aku : aku target nak dapat dekan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup aku.(target aku dari sekolah menengah masa tu.susah ke? senang ke ?So,aku teruskan sahaja target aku) sebab aku pun tak tau macam mana nak dapatkan dekan.pointer pe benda alah tu pun aku tak tau .

before diorang kahwin,diorang nak ade rumah,kereta and their own properties.perghhh
aku : before aku kahwin aku nak keje dulu,then baru kahwin dan sekurang-kurangnya aku ade kereta.hee

diorang target kahwin umur 30
aku : aku nak kahwin umur 24,25,26,boleh ? haha
dan banyak lagi.

Aqila,kalau kau terbaca blog ni,kau dah tau ape aku target kan ? kau selalu cakap aku macam tak de target untuk belajar.Kau tau kenapa aku tak bagi tau ? dah ada dah jawapannya.
Nampak tak beza pemikiran diorang dengan aku ?

 
dan ini amatlah membuka mata dan fikiran aku







tapi jauh di sudut hati, tipulah kalau aku kata aku tak pernah ubah target aku seperti diorang nak dapat dekan setiap semester


Kepada rakan-rakanku,

TAHNIAH aku ucapkan.Ramai yang dapat dekan dan yang tak dapat,janganlah sesekali berputus asa kerana usaha tangga kejayaan.Rezeki korang bakal muncul tak lama lagi.Cepat atau Lambat je perbezaannya.

terima kasih Allah