Situasi A
Budak 5 tahun : Tadi Ali lali *lari*
Orang Dewasa : lali ? lari lah..LA-RI.
Then Ali pun tak sambung dia punya cerita mungkin malu kot sebab salah cakap.
Situasi B
Budak 5 tahun : Tadi Ali lali *lari*
Orang Dewasa : lali ? lali? pergi tadika tiap-tiap hari pun tak reti cakap betul-betul ke ?
Okay,korang nampak bukan perbezaan situasi A dengan situasi B.Biasalah kan budak-budak mesti lah diorang salah cakap then kalau diorang tersentap,sekurang-kurangnya kita betulkan ape yang salah macam situasi A.Tapi kalau situasi B berlaku,kepada orang dewasa,cubalah jaga mulut sikit (okay,agak kasar.harap maaf).Kalau budak tu boleh tu besar sikit,makan dalam wei.Elok-elok je cakap dengan kau,terus tak nak cakap lansung.Ibu bapa diorang pula? pernah tak terfikir kalau ibubapa mereka dengar ? Sedih bukan ? Orang yang belum berkahwin pun boleh fikir secara rasional.Ibubapa mana yang nak anak mereka dikata sebegitu.
Kejadian kedua :
Situasi A
Joyah (lulusan science computer)
Bedah(lulusan TESL)
Bedah : eh,kau budak science computer kan ?
Joyah : aah,kenapa ?
Bedah : meh aku test kau satu soalan,kalau betul kau budak science computer.
Joyah : K.
Bedah : haa,ape maksud computer literacy ?Jawab,jawab jangan tak jawab.kau kan dekan every semester ?
Joyah :arrr...@#$%%#@@ (Joyah pun jawab ape yang dia tau)
Bedah : ape kau nie,kau kan dekan every semester,takkan tu pun jawab salah ? aku yang tak amik science computer pun boleh jawab.
Joyah pun senyap je menahan kemarahan dia.
Situasi B
Bedah : eh,kau budak science computer kan ?
Joyah : aah,kenapa ?
Bedah : meh aku test kau satu soalan,kalau betul kau budak science computer.
Joyah : K.
Bedah : haa,ape maksud computer literacy ?Jawab,jawab jangan tak jawab.kau kan dekan every semester ?
Joyah :arrr...@#$%%#@@ (Joyah pun jawab ape yang dia tau)
Bedah: eh..salah laa..jawapan dia ni @#$%%$#@.
Joyah : hehehe,sorry lah,aku bab basic2 nie fail,kalau coding-coding ni aku reti la.hehe
Bedah : takpe.biasa la tu,tak sume benda kita boleh ingat.
Nampak tak ape yang aku nampak ? Situasi A,makan dalam Joyah tu bukan ? pehh kalau Joyah tue takde kesabaran tak pasal-pasal kena je pelempang Bedah uh.Situasi B lagi elok bukan ? Kejadian pertama dengan Kejadian kedua ada kaitan sebenarnya.Ini menunjukkan pemikiran zaman sekarang.Contongnya,kalau orang tu siap dah belajarsampai master in TESL sekali pun tak bermakna dia boleh jawab semuanya dengan sempurna.Kadang-kadang dia salah sikit je.tak faham satu makna,tapi kita mesti nak bantai dia and siap perli habis.Setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti melakukan kesilapan,takde siapa pun yang sempurna dalam dunia ini dan jangan sesekali kita amik kesempatan atas kesilapan dia yang kecil itu untuk memandang rendah dan memperkecil-kecilkan seseorang hanya kerana kita tahu lebih sedikit tentang sesuatu perkara.Ya dia mungkin salah,jadi ,betulkanlah dia,bantu dia bukan jatuhkan dia dengan memalukan dirinya sebab manusia akan berjaya setelah dia belajar daripada kesilapan.
p/s: post tidak ditujukan untuk siapa-siapa dan tiada kena-mengena dengan sesiapun.Hanya sekadar renungan dan memperbaiki diri sendiri dan pemikiran orang lain di luar sana.Harap maaf.

