Monday, February 11, 2013

Success.

Topik kali ini adalah success yang bermaksud kejayaan. Sejak aku kerja dulu sampai lah aku masuk UiTM Arau,Perlis. Saya selalu hormat and respect (saya tahu sama maksud) orang kampung. WHY ? kerana mereka hidup bersusah payah and still berjaya sampai ke menara gading. Walaupun mereka hidup susah masih mencari rezeki yang halal tanpa putus asa. Walaupun mereka hidup susah dan hanya setakat lulus SPM,mereka masih berusaha dan berusaha sampai berjaya. Susah okay, hidup serba kekurangan setiap hari  pasti akan memikirkan esok hari bagaimana untuk melaluinya. **Ayat sastera tapi hancur.Ahaks. Seriously saya mempunyai beberapa kawan sebegitu. Mereka tidak pernah tunjuk, bila mereka cerita tentang keluarga mereka. Ya Allah hanya Allah sahaja yang tahu betapa tabahnya hati mereka, sedangkan di depan mata kita dia begitu bahagia seolah-olah tiada langsung masalah yang datang melanda. Hebat bukan mereka ? Malas nak cerita panjang-panjang. Sendiri boleh fikir kan ?



Unfortunately ada satu perkara yang aku tak suka dan membuatkan aku hilang hormat sedikit which is "Orang bandar bolehla dapat straight A's sebab ada banyak tuisyen, orang kampung mana ada tuisyen,tak boleh nak salahkan orang kampung takdapat banyak A" Ooppss, I really hate this statement. Dear ladies and gentlemen, kejayaan bukan bergantung pada kau gi tuisyen ke tak, atau berapa banyak tuisyen kau pergi  atau kau orang bandar or orang kampung. Kejayaan bergantung kepada usaha. Pernah dengar bukan "USAHA TANGGA KEJAYAAN". Tak kiralah berapa banyak tuisyen yang kau masuk,berapa banyak buku rujukan yang kau beli,kau orang kampung or orang bandar ke ,kalau tiada usaha,takkan berjaya juga. Man Jadda Wa Jada which means sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya. Itu janji Allah yang pasti.