Tuesday, June 25, 2013

aku bukan lupa, cuma dia tak datang lagi.

Semakin hari, semakin aku lupa. Kenangan aku masa zaman sekolah, kerja, masa kecil-kecil dan banyak lagi orang kata aku dah lupa,tapi bagi aku, aku tak lupa, aku ingat sebenarnya cuma mungkin masa itu je benda tu tak terlintas lagi dalam fikiran aku. Kenangan, ya, kenangan.

Tapi aku ingat semua benda tu bila, ada orang ceritakan kat aku, atau aku lalu tempat yang aku ada kenangan tu, atau muka orang tu macam familiar atau ade lah benda sikit2 tentang seseorang yang sama dengan orang yang aku kenal, atau pun persekitaran orang lain yang sama macam aku pernah lalui.

Macam bila aku keluar dengan nisa, dia cerita balikzaman sekolah kat aku pasal masa tu kiteorang belah petang nak gi koko badminton,kiteorang haus then pergilah 7eleven yang kat luar tu, bila nak masuk kawasan sekolah balik, aku malas nak pusing walaupun tak sampai seminit dah sampai kat pagar, tahu tak ape aku buat ? Ya, aku toleh kiri, toleh kanan, toleh depan dan belakang,tiada orang apatah lagi kereta,aku panjat pagar sekolah and suddenly korang pernah kan dengar "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua" . Ya, aku panjat dan jatuh, seluar kat lutut aku koyak. Haha. Itulah malas sangat kan ?oh nisa,dia tak panjat, dia taknak amik risiko. Kalau nisa tak cerita kat aku, aku takkan pernah ingat, yang aku PANJAT pagar sekolah. ISHKishk.. aku pun taknak ngaku.

 Bila time PJK, nama panjang dia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dalam banyak-banyak student, aku sorang yang paling malas nak tukar baju sukan waktu tu tak kira lah belah petang mahupun pagi. Bila aku kira balik, sesi petang je aku paling banyak kali pakai baju sukan sebab kau berpeluh-peluh bersukan then boleh terus balik, mandi semua. Kalau belah pagi, dah penat berpeluh-peluh kau bersukan then kena tukar baju. Itu yang paling tak suka. kena tukar baju tanpa mandi, siap peraturan yang kena pakai uniform sekolah rasmi selepas waktu rehat adalah WAJIB. kalau tak tukar baju PJ ke baju kurung kena dimerit, so aku dengan selambanya lebih rela tak pakai baju PJ lansung. Denda jangan cerita lah, macam-macam denda aku pernah buat, kena bebel, ohh itu dah jadi lumrah kehidupan aku mendengarnya,telinga aku dah lali mendengarnya dan cikgu pasti akan minta alasan, seribu satu alasan aku bagi,

 Antara denda yang aku pernah kena :

  • lompat katak ( ni masa form 3)
  • lari pusing dewan 1kali, 2kali, 3kali pun ada
  • kutip sampah ( aku takkan kutip sampah pun, aku hanya kutip daun kering)
  • kena tolong cikgu amik kunci stor kat pak guard/mak guard
  • pegang beg cikgu dengan buku dia
  • ketuk ketampi tapi kau kena pegang telinga kawan dan kawan yang kau pegang telinga tu kena pegang telinga kau pulak
  • lari pusing padang 5kali tak silap aku( tapi aku main tipu, bila cikgu tak pandang aku, aku jalan je)
  • buka pintu dewan
  • pegang pencil box cikgu
  • angkat barang dan alatan sukan
Aku rasa macam banyak lagi aku dah kena, tapi itu je yang aku dapat ingat, semua itu aku buat dengan hanya memakai baju kurung dan semua denda tu aku kena, waktu aku belah pagi, nampak tak, baik kan cikgu belah petang ? Bila belah petang, aku siap boleh main lagi basketball dengan kawan2 aku hanya memakai kain sahaja. Ohh budak lelaki? diorang main bola sepak kat belakang sana. Haha.

Cerita pasal basketball, disebabkan nisa cerita kat aku pasal badminton, aku cerita kat dia pasal basketball.
Ada 1 hari aku, nisa dan beberapa orang (aku tak ingat berapa orang) tak pakai baju sukan. Kiteorang buat relax je main basketball. Bila dah syok bermain dengan selambanya tanpa rasa segan silu dan rasa serbasalah sebab tak pakai baju sukan,sekali nisa tengah lari kejar bola sebab dah jauh dari gelanggang, suddenly, jeng jeng jeng, bukan guru kelas kiteorang, bukan guru yang kerek marah-marah dan bukan juga guru disiplin tetapi PENGETUA, ya, pengetua yang nampak nisa bermain mengejar bola dengan memakai kain, yang pakai baju kurung lain-lain semua buat muka innocent konon tak join sekali main. Siapa nak ngaku ?haha Ape lagi bisinglah pengetua tu, perempuan pakai kain main bola, sekali terlucut kang blablabla..Nasib kami tak indah juga setelah mendengar bebelan daripada pengetua, Of course lah semua kena denda, kau tau denda apa ? kutip sampah, semua orang kena, walaupun kiteorang dah kutip sampah,dia still bising juga dan ada lagi bukan takat bebel + kutip sampah . ade lagi dia tambah, dia suruh cikgu pj kiteorang tulis nama kiteorang sume kat dalam buku BKK. tapi tapi tapi, cikgu sayang kami semua, dia tak tulis pun nama kiteorang. Haha, sebab kiteorang tak bagitahu pengetua siapa nama cikgu pj kiteorang sebab cikgu kiteorang lambat turun. SO, kira sama je lah. dua kali lima. haha. Esoknya, time perhimpunan, pengetua turun sekali menceritakan balik cerita diatas pada semua orang, eh of course lah, kiteorang buat tak tahu dan turut ketawa terbahak-bahak bersama-sama dengan pelajar lain tapi mata budak perempuan kelas kiteorang hanya tumpu pada nisa.

Ada satu cerita lagi tentang bola,
 Waktu tu, hari pertama aku masuk kelas 4E, subjek PJK. Time PJK kan, for sure semua orang akan pakai baju PJ dan aku biasalah, tak pakau baju PJ even though aku tahu yang hari tu ade PJ, bila cikgu tanya kenapa, alasan aku simple je, saya baru masuk kelas ni,sedangkan kau pindah kelas dari 4F ke 4E, yang jadual PJ dia sama dan for sure time PJ kau memang akan gabung kelas dengan 4E. Memandangkan tiada sorang pun yang kantoi kan aku. so, aku SELAMAT. haha. Time PJ, cikgu suro kami semua main bola beracun. Ala yang main bola attack musuh kau yang ada kat tengah bulatan sampai "mati" which means sampai takde sorang pun yang hidup. Sebelum main, cikgu dah pesan dah jangan baling bola atas,takut kena kepala. dia suro attack bawah kaki atau badan. Tiba masa untuk bermain, bila bola sampai je kat tangan aku, dengan semangatnya aku bermain, niat aku nak pass bola kat kwn aku seberang sana so, dia boleh attack, sekali entah macam mana lah kan, bola tu nak landing kat kepala sorang minah ni.Haha. Haisshh.. aku baru je nak buat baik-baik dengan nak mulakan sesi perkenalan, sekali terbaling kat kepala anak orang pula. Apa lagi berkali-kali aku minta maaf. Pada hari yang sama juga, aku dapat buku yang tertera tulisan berwarna merah "JUMPA CIKGU" kat buku penulisan aku. Disebabkan cikgu BM aku bilik dia kat bilik disiplin, terpaksa lah aku masuk bilik disiplin untuk memperbaiki karangan aku. Sekali kebetulan budak yang terkena lontaran bola aku tu ada juga kat bilik disiplin sambil memegang kepala dia. Aku agak, sakit kot aku baling tu, Hebat gak kan aku ? haha. Dan yang paling buat aku cuaknya, cikgu aku siap tanya, "Fhatin kenapa dengan kepala kau?" aku pun cuak,.. apa lah yang minah tu jawab kan .. Fathin tu pun jawab " tadi time pjk,ada orang terbaling bola kat kepala saya" cikgu "Laaa..siapalah yang ganas sangat baling bola tu " Fathin pandang je aku sambil tersengih-sengih kat aku. Sorry Fathin. Aku takde niat pun. Apatah lagi hari pertama aku kat kelas tu. Heeee~~