Masa kecik-kecik mesti korang ada impian kan ? Bukan impian besar-besar just angan-angan yang kau nak jadi tu, kau nak jadi ni, kau nak buat tu, kau nak buat ni. Aaaaa.. macam tu lah.
Tapi angan-angan aku ada yang tercapai, ada yang takkan tercapai lansung.
Nak tau ?
Antaranya :-
Alaa... yang budak kecik ikut pengantin berarak nak naik pelamin tu. Masa aku kecik-kecik aku teringin sangat nak jadi macam tu. pakai gaun cantik-cantik then ada flower crown kat atas kepala konon ala-ala princess yang dalam cerita Barbie tu. Malangnya, tak kesampaian pun. Takde siapa nak amik aku jadi Flower Girl, mungkin sebab kecomelan aku tidak terserlah waktu aku kecik-kecik. Perasan syazana, macam kau comel sekarang ni kan ? Tak payah nak perasan

Disebabkan angan-angan aku untuk menjadi Flower Girl pakai dress yang comel-comel tu tak tercapai. Aku teringin nak jadi pengapit. Impian aku dah lama terkubur. Pakai cantik-cantik then kau kipaskan pengantin perlahan-lahan, makan kat meja beradab..Fuhhhhh.. Ohh, hari tu Kak Ayu cousin aku offer nak jadi pengapit. Excited kemain aku dengar tapi tapi tapi dia kahwin masa aku kat Perlis. Aku pun reject lah awal-awal. Kak Ayu still offer lagi sebab dia kata dia nak sangat aku jadi pengapit dia. Ohhh yesss... aku suka.. Aku pun pujuk parent aku supaya bagi aku jadi pengapit Kak Ayu. Mak aku bagi je tu pun KALAU aku cuti time dia kahwin. Aku siap pujuk cakap aku boleh balik naik bas buat pengecualian kuliah segala bagai tapi usaha hanya tinggal usaha. Mak dengan ayah aku tak izinkan dengan alasan jauh. Nampak tak kesanggupan aku hanya untuk impian kecil aku ni ? Kecewa jap. Then aku nampak ramai kawan-kawan aku duk upload gambar kakak diorag kahwin. Ada aku kisah kakak diorang kahwin ? Ade 1 yang aku kisah. Kawan aku jadi pengapit kakak diorang. JELES BERJUTA-JUTA kali aku nengok. Time tu, jauh disudut hati aku, Kenapa? Kenapa ? Kenapa bukan aku yang jadi pengapit time kakak aku kahwin ? Kenapa tak pilih aku ? Untungnya mereka. Aku masih jeles. Impian aku terkubur lagi dalam.

- Aku nak naik roller coaster
Dulu masa aku kecik-kecik aku teringin sangat nak naik roller coaster. Angkat tangan masa roller coaster tu gerak, jerit-jerit. Aku pjuk family aku gi Genting. Pujuk hanya tinggal pujuk. Mak aku tak layan sebab dia kata tu tempat orang berjudi. Umur aku 18tahun , aku berjaya naik roller coaster dengan Ajrun tu pun kat Time Square. Awesome!!

Lawak kan ? Macam banyak sangat aku tak pernah pergi ? Masa aku Darjah 2 kot tak silap aku, ada Fun Fair kat Seksyen 7. Masa tu Seksyen 7 tak berkembang pesat lagi. Aku pujuk mak aku nak pergi, tapi mak aku cakap tunggu ayah aku balik. Sekali ayah aku ada outstation sebab keretapi jatuh. Dulu asyik keluar suratkhabar yang keretapi jatuh kat Gemas lah, Butterworth la.. Banyak lah lagi. Sampailah Funfair tu dah habis. Ayah aku tak balik lagi. Mase aku Sem 5, For the first time aku gi Funfair kat sebelah Queensbay Mall tu. Tu pun nak tutup. Aku pun duk tangkap gambar semua yang ada. Sampai Hani budak QS tu duk perli aku "Syazana, hang ni foreigner ke?" haha. Hani kau kena faham, ini pertama kali aku gi Funfair tau. Thanks Nabilah sudi layan kerenah aku nak tangkap gambar dengan semua benda kat situ. haha

Gila kan aku ? Aku minta ayah aku hadiah hari jadi nak teddy bear besar. Then ayah aku pun setuju tapi dia tak tau nak beli kat mana. Biasalah ayah aku asyik busy dengan kerja plus outstation. Kalau cakap pasal makanan, dia tau lah nak beli kat mana. Paling besar aku pernah dapat teddy bear adalah sebesar lengan aku je. Tak pernah aku dapat yang besar-besar. Ada orang pernah bagi aku teddy bear besar warna putih. Dululah..Dulu..
Aku teringin nak jadi emcee macam abang aku jadi tu. Dia selalu jadi emcee bila ada wedding belah ayah aku. Oh, aku tak rasa aku akan dapat jadi emcee belah ayah aku sebab aku pendiam bila jumpa diorang. So, harapan nak jadi emcee untuk belah ayah aku, memang kelam umpama Gua Kelam kat Perlis tu. Kat universiti ? Kalaulah aku tak jadi JPK, dah lama aku volunteer diri aku jadi emcee. Sebab jadi JPK banyak keje nak kena buat, so selalunya Presiden akan cari student biasa. Arrgghh.. untungnya mereka. Aku nak boleh tak ? Qualification ? Ermmm, hari tu aku practice depan cermin untuk presentation sebagai General Manager, Fenner cakap suara aku sedap. Boleh ? Tak boleh ? Bolehlaaa.. Please..
Kadang-kadang impian hanya tinggal impian walaupun kita dah berusaha macam mana sekali pun.