Kejadian baru sahaja berlaku 30minit yang lepas. Waktu yang selalunya aku main game dengan Nintendo2DS takpun duk layan cerita korea. Entah kenapa tiba-tiba hari ini, aku menghadap TV menonton TV3, Buletin Utama. Aku tengok TV, berita pula tu. Tabiat itu JARANG sama sekali aku buat tapi tidak pada hari ini.
Kau tahu ? Aku tengok TV boleh dikatakan hampir setengah jam lah juga. Kepala aku dah fikir dah nak naik atas,lepak kat bilik lagi best tapi entah kenapa, hati suruh duduk lagi bertahan.
Jawapannya telah kutemui. Kau tahu aku nampak apa? Cikgu aku. Alaaa, cikgu je pun kan ? Itupun nak kecoh. Kali ini lain. Itu yang pasti.
Meh sini aku cerita pasal sekolah dan cikgu aku tu. Bukan niat nak memburukkannya, tapi jadikan pedoman dan pengajaran serta mengubah persepsi pada seseorang.
Kalau korang tahu, sekolah aku tu, ramai cikgu yang kahwin dengan orang kaya-kaya. Mostly, cikgu-cikgu aku kat sekolah aku tu suami diorang businessman,ada pangkat Dato', Tan Sri dan ahli politik. Korang boleh nampak kereta-kereta yang ada kat sekolah aku dengan sekolah lain dekat belah utara. Jauh bezanya. Kalau kat sekolah aku kau boleh nampak lambakan kereta import tetapi kalau kat sekolah belah utara, kau akan lihat lambakan kereta nasional. Paling mahal pun aku nampak kat sekolah belah utara adalah Honda Civic sebijik. kau tahu cikgu yang aku nampak tu pakai kereta apa ? Dia tak drive kereta. Suami dia hantar pakai kereta Alza je. Setiap hari aku nampak dia tunggu suami dia amik. Cikgu-cikgu aku yang lain mostly drive kereta mahal-mahal diorang sendiri.
Fact 2. Kalau time hari guru, semua student akan kena undi untuk award cikgu paling sporting, paling awesome, paling garang,paling cantik dan blablabla. Sudah pasti cikgu tu bukanlah pilihan student.
Fact 3. Kalau dia jadi guru kelas, dia takkan pernah dapat jadi guru kelas untuk kelas atas-atas itu bermaksud dia bukanlah akan jaga budak-budak yang pandai, baik, dengar kata, rambut belah tepi, skema dan lain-lain(kelas atas kan). Selalunya dia akan jadi guru kelas untuk kelas bawah-bawah yang sememangnya degil,susah nak dengar kata, nakal, lambat,hyperactive dan seangkatan dengannya.
Fact 4. Dia juga bukanlah guru yang terpenting kat sekolah. Itu merujuk kepada guru-guru yang ajar subjek Matematik, Bahasa Melayu, English, Pendidikan Islam dan lain-lain yang berkaitan dengan peperiksaan besar seperti SPM yang akan melibatkan reputasi sekolah. Dia hanyalah guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Subjek yang hampir kesemua pelajar pandang sebelah mata je.
Fact 5. Dia juga bukanlah guru yang digemari ramai pelajar. Mungkin disebabkan subjek yang dia terpakasa ajar tidak menarik minat plus waktu pembelajaran dengan dia sangat singkat. Dia jugalah antara guru yang banyak masa dan selalunya akan jadi guru ganti pada cikgu yang tak hadir atas sebab-sebab tertentu.
Fact 6. Aku tak bolehlah nak kata semua student tak dengar kata dia, sebab aku sendiri tak tau kelas lain macam mana. Yang pasti, untuk kelas aku dulu, time dia ajar Sivik, hampir satu kelas masuk kelas lambat sebab kelas dia adalah kelas pertama selepas rehat. Kalau dia ajar PJK, akulah antara studentnya yang selalu tak pakai baju PJK. ohh, masuk kelas lambat selepas rehat pun aku gak salah seorang antara ramai-ramai. Boleh bayangkan tak, aku yang macam ni pun tak dengar kata dia, apatah lagi budak-budak yang lagi nakal ? Do you get what am I trying to say?
Fact 7. Ramai orang tak suka dia sebab dia suka bebel. Biasalaa. cikgu kan. Kalau student tak buat salah, takdenya cikgu tu bebel.
REALITINYA
sekarang, dah 5tahun telah pun berlalu dan 5 tahun juga telah aku tinggalkan zaman persekolahan. Kini aku nampak dia dikaca televisyen. Dia telah menjadi salah seorang guru di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Tak perlu kot aku nak explain sekolah tu macam mana. Yang penting sekolah tu adalah sekolah yang terhebat di Malaysia.
Kau tahu kenapa dia masuk TV ?
Dia antara guru pengiring untuk orkestra bagi sekolah tu.
Kau tahu apa yang lagi menarik ?
Orkestra sekolah tu terpilih dalam kalangan sekolah-sekolah di seluruh Asia untuk masuk pertandingan orkestra di NEW YORK. (Satu-satunya sekolah yang terpilih dalam Asia)
Kau tahu apa yang buat aku terkesima?
Banyak wei, dulu dia bukan siapa-siapa. Dia guru biasa sahaja. Sekarang, cikgu sekolah terhebat di Malaysia siap pergi NEW YORK,okay? tanpa duit suami yang kaya-raya.
Yang lagi menarik lagi,aku nampak.
Aku boleh bet mesti tak ramai cikgu yang ada kat luar sana, walaupun kerja dah 30tahun lama, atau pun kerja sebagai guru sampai pencen pun takkan mampu lawan dia. Pergi luar negara bersama-sama pelajar-pelajar yang ramai. (orkestra tuu).
okayy bye. Jadikan pengajaran. Walaupun kau tak pandai, tak menyerlah, tak kaya, tak hebat. Rezeki ada dimana-mana. Yang sekarang tak menjamin kan apa-apa. Esok,lusa tiada siapa yang tahu. Mungkin kau pun akan menjadi salah seorang yang berjaya macam cikgu tersebut.
P/S : Dia pernah tulis nama aku , Hanisah dengan Chandra dalam Buku Kehadiran Kelas (BKK) sebab lambat masuk kelas. (Eh,aku tukar baju PJK tau) Nasib baik Cikgu Aida tolong. Kalau tak, mahu esoknya nama kiteorang kena panggil kat perhimpunan oleh guru disiplin. hikhikhik. Susah betul, tak pakai baju PJK pun kena dimerit, tak tukar baju PJK kepada uniform formal pun kena dimerit apatah lagi masuk kelas lambat. hmmmm.
Tahniah cikgu Shahriyah :)
Gambar dia ? Kan aku dah cerita kat atas. Semestinya aku takde gambar dia.