"Ilmu bermula bukan ketika kelas dimulakan atau ketika helaian buku muka diselak,tetapi saat rasa hati ingin untuk belajar"
subjek pertama hari terakhir aku kat arau sebelum bermulanya cuti midsem ialah statistics.Bermulalah pelajaran dengan lecturer memberi penerangan tentang standard deviation,variance,mode,median etc membuatkan aku mengelamun dan teringat dengan ayat ni
subjek pertama hari terakhir aku kat arau sebelum bermulanya cuti midsem ialah statistics.Bermulalah pelajaran dengan lecturer memberi penerangan tentang standard deviation,variance,mode,median etc membuatkan aku mengelamun dan teringat dengan ayat ni
"You just wish miracle could happen"
aku rindu kat orang yang selalu sebut ayat ni tapi bila waktu tue dengar ayat ni daripada mulut dia,menyirap je dengar,haha.Sebab ayat ni gak lah,keluar ayat aku
- "aku akan buktikan walaupun addmath aku fail,aku boleh jadi gabenor",
- "aku akan buktikan walaupun addmath aku fail,aku boleh berjaya",
- "aku akan buktikan walaupun addmath aku fail aku boleh jadi seorang akauntan yang berjaya ,famous blablabla.."
- "time tu barulah korang nak mengaku aku kawan kau"
Ia juga mengingatkan aku tentang satu cerita ketika aku tingkatan 4,ceritanya bermula dengan cikgu addmath aku buat extra class kat makmal ape entah kat tingkat bawah sekali,dia gabungkan kelas 4B dengan 4E.Aku terdatang lewat sedikit sebab aku balik rumah makan mandi then datang sekolah balik.yeahh..masuk-masuk makmal,"selamat datang,ye cik syazana""walaupun,awak lambat tapi stilll datang juga,takpe saya tak marah".aku pun tersengih-sengih dengan ayat yang friendly yang bercampur sindiran.Itupun kira baik aku masuk,daripada nisa dengan asfiera lagi datang lambat then terus takut nak masuk.aku pun amik handout addmath daripada dia.Then,aku duk kat meja yang ade Aishah dan Aida.Aku duk situ buat handout.Then buat,buat dan buat,cikgu tanya"sape dapat jawapan yang sama" aku dengan yang lain-lain pun jawab"saya".Aida ckp dgn aku "eh,bak kejap kertas kau" aku,"tak boleh"haha.sekali aku pun tak tau..sampai macam mana entah Aida terus rampas kertas dari aku.aku nak rebut balik kertas aku.then Aishah join mengeruhkan lagi keadaan.Akhirnya,handout aku di tangan Aishah.Aku pun tak tau pekena dengan Aishah,kertas aku dah renyuk semacam.Sekali,cikgu addmath aku ade kat meja kiteorang "saya bagi awak kertas ni penuh dengan kasih sayang,awak konyotkan je""macam awak konyotkan hati saya ni"...urghhhh...aku jugak ke yang kena? cisss aku pun"saya tak buat cikgu.Aishah yang kelas 4B tu yang buat"cikgu tu pandang je muka aku."cikgu,saya tak tipu".cikgu tu pandang je lagi muka aku."Ya Allah,betul saya tak tipu".dia pandang muka aku lagi "ye ,saya percaya cakap awak" jauh disudut hati aku,aku tau dia tak percaya dan untuk pertama kalinya cikgu tak percaya ape aku cakap.Sampai aku seterika kertas yang telah dikonyotkan oleh Aishah.haha.Sampai lah aku form 5 aku tak habis-habis bising and ungkit cerita tu kat Aishah.Mana tak nya,masa aku form 5 pun cikgu aku ingat cerita tu siap cakap macam ni "saya tak kisah eh..awak nak konyotkan ke,tinggalkan je ke atau buang dalam tong sampah pun tak pe" Ya Allah,hanya Allah sahaja yang faham ape perasaan aku time,baru je azam baru beserta dengan semangat membara.haha At the end,aku berjaya juga mengambil hati guru itu sebelum SPM :)
bila terkenang cerita lama,itu sume dulu,dan sekarang aku satu universiti dengan aishah,sem pertama balik sama-sama.macam tak caye je kan ?
Sekarang aku dalam proses untuk menjadi seorang akauntan .Insya-Allah.
