Sunday, December 25, 2011

Tadi gi Giant sebab entah kenapa aku teringin nak makan durian dengan family aku.Fakta sebenarnya,aku dengan ayah aku je yang makan.mak aku tak boleh bau durian.FULLSTOP.haha.Aku pun gi Giant beli durian yang 3 paket RM10.Mak aku kirim tempat yang buat roti jala tu.Aku dah beli then letak arr barang tu kat kaunter customer service sebab nak gi tingkat bawah jap beli sabun.Selepas itu beli durian,then terus balik rumah.Nak amik phone kat poket,sekali terkeluar kad G16,cisss aku terlupa nak amik balik barang aku kat customer service.Sebaek lah ayah aku COOL.Kalau aku dapat ayah yang garang + hot-tempered + baran + angin satu kepala mau habis aku ...Ayah aku pun cakap "takpe kita makan durian dulu,then gi amik".Aku dengan rasa serba salah tak tau nak buat ape hanya mampu cakap " ba,mesti marah nana kan ?" berulang kali.ayah aku still jawab "takde lah "wooooaaaahhh,baiknya ayah aku.Kalau ayah lain dapat anak macam aku,habis aku.apatah lagi tak habis-habis tanya soalan macam tu,elok orang tak marah terus jadi marah..Sorry again.


Then dah amik barang,aku cakap dengan ayah aku,yang aku terlupa beli something and nak singgah kedai mamak jap beli barang.Elok je ayah aku lalu kat kawasan perumahan aku,aku boleh tanya "Asal tak masuk sini?kita nak gi mana ?" ayah aku "kata nak singgah kedai mamak beli barang".Ya Allah,pelupanya aku.Cepat betul aku lupa.Bukan tu je lagi,kat dalam kereta pun macam tu,ayah aku syok bercerita panjang lebar.aku boleh duk tanya "baba,cite pasal ape?" haha.Entah berapa kali aku asyik tanya soalan tu.Penat ayah aku cerita,aku boleh duk fikir benda lain.ape nak jadi ? ke jasad aku je ade kat sini,fikiran aku tertinggal kat Arau ?hahaha.Aku pun tak tau.

Cepat sungguh masa berlalu,dan ia tidak akan berputar kembali seperti dahulu

Sekali lagi,aku balik Shah Alam benda yang sama aku rasa masa makan durian.Kalau dulu,aku makan durian kat bilik bawah yang dulunya stor berubah menjadi bilik abang aku sebab aku menggedik nak bilik dia kat tingkat atas yang kini menjadi bilik aku sampai sekarang dan bertukar pula menjadi bilik kakak aku.Kalau dulu,makan durian 3 beradik campur ayah aku dan ia berubah menjadi 2 orang adik beradik makan durian bersama ayah aku dan kini,baru sebentar tadi, aku makan seorang bersama ayah aku.Aku pun cakap "Dulu kita makan 4 orang kan,ba?pastu tinggal 3 orang,dan pastu tinggal kita dua je"ayah aku diam je.Ayah aku cakap "kakak paling makan banyak".Okay,aku ubah topik,terus aku cite,yang kat sana aku boleh dapat durian dalam bekas yang orang selalu jual nasi goreng dalam Rm5.Ayah aku pun cakap "Arau nak bezakan dengan sini,mana boleh.dulu baba kat kelantan rm2 dah dapat durian besar".Walaupun sebenarnya aku taknak cite pun pasal durian.

Andai aku ada remote yang boleh tekan button "rewind" or "pause",sungguh indahnya hidup ini.