Wahai si dia,
Aku tak tahu apa yang aku mahu,
Setelah sekian lama engkau menghilang,
Rasa cinta dan sayang kian pudar,
Tiba-tiba kau ajak bertemu,
Hatiku rasa girang dan tak sabar,
Ingin berjumpa,
Dan diriku sering tertanya-tanya,
Adakah ini rasa cinta,
Sembilan belas haribulan sepuluh,
Dua ribu dua belas,
Ku nampak dirimu berbaju kelabu,
Tampak segak sekali,
Jatungku berdegup kencang,
Terpesona melihat ketampanan dirimu,
Akan tetapi banyak andaian terukir di minda,
Kerna dirimu sungguh berbeza,
Berbeza sekali daripada kali pertama dan terakhir
kita bertemu.
Dan hatiku tertanya-tanya juga
Adakah hatimu masih sama,
Hanya untuk diriku ?
Ternyata sekali,
Dirimu bukan untukku.