Tanggal 30hb March 2013, tamatlah perjuangan aku sebagai JPK. Sudah tiba masanya untuk melepaskan tanggunggjawab dan nanti apabila bermulanya sem hadapan, saya hanya pelajar biasa dan residen kolej sahaja. JPK mengajar dan memberi macam-macam pengalaman, perasaan yang timbul dan menambahkan keyakinan diri. Boleh buat iklan ni, eh diorang patut guna ayat tu untuk tarik residen siapa nak jadi JPK instead of using this word "CONFIRM KOLEJ". Habis kau syazana kalau presiden baca. Maaf,presiden. Eh jap aku tak kutuk pun,aku cuma bagi idea je. Okay ape-apelaa kan.
Dalam banyak-banyak kenangan dan event yang telah aku sumbangkan tenaga sebagai JPK ada satu yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Event aktiviti kerohanian " Put Heart and Soul To Allah" sebab aku jadi ketua pengarah program untuk event tu. Event aktiviti kerohanian okay! Aktiviti Kerohanian ! Sampai sekarang aku masih tak percaya- . Nak kata aku tudung labuh, tudung aku tak labuh mana, tak pakai pun tudung pin 3,tak pakai pun tudung labuh yang sarung tu apatah lagi yang bidang 55 mahupun 60.
- Nak kata aku dari sekolah agama, let me think,aku setakat sekolah agama sampai Darjah 6 je.
- Nak kata time SPM dulu aku amik Tassawur Islam, tak juga. Aku amik subjek Pendidikan Islam yang diambil oleh semua pelajar SPM. Ahah.
- Nak kata aku join mana-mana usrah kat UiTm tu, tak jugak, pernah pun sekali je aku gi sebab setiap kali dia nak buat mesti aku ade test,so, maybe akak tu ingat aku tak berminat nak join, terus lost contact. Heh.
Pernah korang bayangkan tak, korang dah booked khemah siap ada kipas lagi,okay!, cari ustazah, order bubur lambuk, fixed kan tarikh dan masa, booked tempat and at the end kau kena cancel semua tu atas sebab-sebab tertentu. Siapa yang tidak rasa KECEWA ?
Finally, 10hb March 2013, berlansungnya lah event aku setelah semua masalah telah dirungkai dan berjaya diatasi tapi sedih jugak la aku tak dapat ada masa awal2 event tu sebab ada TEST,and that is the ONLY day yang semua JPK free dan boleh menyumbangkan tenaga mereka. Sigghh..But fret not, we have Kak Sal ! Dia adalah Penolong Pengarah Projek untuk event ni dan juga merupakan roommate dan housemate aku. So, senang sebenarnya bila penolong pengarah satu rumah and satu bilik. Senang nak bincang tak payah nak kena call dan jimat kredit aku. Nampak tak permainan dia ? Satu benda yang best tentang dia, senang nak cakap dan bincang dengan dia. Heee. Yang kat bawah ni laa, Kak Sal.
. Terima kasih pada semua yang sudi datang. Best tak event tu ? Best tak ? Siap dapat nasi goreng telur mata 2 bungkus plus bubur lambuk yang SEDAP di PERLIS lagi tau. Siapa yang tak pergi memang rugi,lagi pun event ni nak dekat final memang sesuai kalau kalian datang,bila lagi nak solat ramai-ramai and belajar tentang solat sunat. Kan dah membebel aku ni.
Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan cuaca seolah-olah memberkati dan merestui event tersebut. I will remember " Put Heart and Soul To Allah" for forever. InsyaAllah. Thanks Allah :)




