aku tiada teman,
teman seperti yang pernah aku ada dulu,
di zaman sekolah.
Mana mungkin aku bezakan,
sekolah dengan universiti.
Bagi aku sama.
Semua sama,
Yang beza cuma situasi, masa, dan persekitaran.
Benci untuk aku katakan,
Teman yang aku tahu di sini,
semuanya datang dan pergi,
Setiap sem,teman aku berubah,
teman sebilik dan apatah lagi teman serumah.
Silih berganti tanpa henti.
Aku penat,
penat untuk memulakan balik perbualan,
perbualan yang akan dikitar semula.
hari demi hari, sem demi sem.
Tiada seorang pun yang pernah setia.
Setia disisi,
Tika susah dan senang,
Pahit dan manis,
Panas dan hujan,
Suka dan duka,
Tangis dan tawa.
Teman,
Andai kau kata,
kau mengenali aku lebih dari semua orang,
kau penipu,
kau tak kenal aku,
Jika benar kau kenal aku,
mana mungkin kau biarkan aku bersendirian,
sedih tanpa teman
susah sendirian,
payah keseorangan.
dan mengatakan,
aku hidup di alam aku sendiri.
bercakap dengan bulan,
termenung sendirian,
dan biarkan aku melayan perasaan,
yang aku sendiri pun tidak pasti.
apa yang terpahat dihati.