Saat berganti minit,
Minit berganti jam,
Jam berganti hari,
Sedar tak sedar,
Sudah bertahun rupanya.
Melupakan kau adalah suatu yang paling sukar,
Senang bagi kau,susah bagi aku,
Tika kau seringkali datang menyinggah dibenak fikiranku,
Dan aku tahu, aku pasti,
Kau tidak sama seperti aku.
Aku menjadi tak keruan,
Hilang arah tuju,
Tak tahu apa yang perlu dibuat,
Aku buntu, aku lemah,
Jiwaku melayang, Jasadku yang bernyawa,
Entah ke mana hilangnya.
Sedangkan masa telah lama berlalu,
Dan kau telah pergi jauh,
Jauh dariku,
Meninggalkan aku keseorangan,
Di tempat ini bersama segunung memori dan kenangan.
Aku ingin berlari bersama-sama dengan masa.
Aku tidak mahu ketinggalan.
Jauh ke belakang.
Aku mahu tinggalkan semua,
Semua tentang kita.
Kini,
Aku disini,
Tempat terciptanya kenangan dan memori,
Antara kau dan diri ini,
Bukan untuk bersedih hati,
Bahawa kau telah berlalu pergi,
Tetapi untuk memulangkan kembali,
Semua yang dulu aku pernah bawa bersama,
Yang dulunya, kau pernah memberi pesan,
Yang dulunya, aku tak ingin lupakan.
Hadir aku,bukanlah aku yang dulu,
Hadir aku untuk pulangkan kembali,
Hadir aku untuk menghapuskan jejakmu,
Hadir aku untuk melontar bayanganmu,
Yang seringkali berlegar-legar,
Di dalam kotak fikiran.
Buat selama-lamanya.
Aku belajar untuk melepaskan dirimu,
Aku belajar untuk biarkan kau pergi,
Aku belajar untuk tidak menunggu pada sesuatu yang tidak pasti.
Itu yang pasti.
Memori,
Akan aku tinggalkan segala-galanya,
Janganlah kau ikut aku kembali,
Janganlah menghantui diri ini,
Biarlah kau terkubur begitu sahaja.
Hanya memohon pada yang Maha Besar,
Itu sahaja yang aku tahu,
Untuk bantu aku,
Memberi petunjuk dan arah tuju,
Menjalani hidup yang berliku.
Selamat tinggal,awak.