Wednesday, January 22, 2014

Masa Mematangkan diri

Macam ni eh rasa, bila satu bilik semua course yang sama? Stress laa cenggini, dah terbiasa 3 sem duk dengan course yang berlainan. Last duk sebilik dengan serumah dengan course yang sama pun masa sem 2. Aku dah lupa rasanya macam mana. Like seriously. Kebetulan sorang roommate aku ni jenis yang banyak tanya, aku tak kisah dia nak banyak tanya. Tanya je lah apa-apa pun tapi jangan tanya kenapa aku buat cenggini ? Contohnya, syazana buat apa je tadi masa xxxxx pegi kelas ?  Dah belajar sampai mana? Kenapa lambat bangun, bukan semalam tidur awal ke ?
Tolonglah jangan tanya aku soalan-soalan cenggitu. Yes, I know test is just around the corner dan saya bukan jenis yang suka belajar ikut timetable. Bila rasa nak belajar, aku belajar. Bila aku rasa nak tidur, aku tidur. Bila aku rasa nak tengok movie, aku tengok movie. Tapi bila aku dah start belajar tu, memang tak geraklah dari meja, kau ajak bercerita pun aku tak layan.

Then sampai aku makan kat Izhaton yang kat bawah kolej aku je tu sorang-sorang. Aku just tak larat nak dengar soalan, "syazana dah baca sampai mana dah ?"  Stress hang tau tak.

Bila duk sorang-sorang, aku teringat cerita masa aku kerja kat The Store, disebabkan Supervisor aku kak Lin dah tau yang aku dengan nisa tu kawan dari sekolah, dia pisahkan rehat aku dengan nisa. Untuk minggu pertama aku makan lah sorang-sorang. Sebab aku takde kawan dan kawan-kawan aku tak start kerja lagi dengan The Store time tu. Macam menipu je takde kawan, okay aku ada kawan, cuma rehat aku tak sama dengan diorang. Sekali-sekala bolehlah rehat dengan budak laki tapi aku tak suka. Bau rokok kuat sangat dan mereka pun banyak sangat tanya. Aku nak gi tandas pun nak tanya.Aku nak gi surau pun nak tanya. HAISSHH..So, aku lebih selesa makan sorang untuk minggu pertama tu.

Bila dah start minggu kedua tu, aku rehat dengan ajrun,nisa dan wafa. Salah seorang tu lah. Pernah juga tiga-tiga tu tak sama rehat dengan aku. Then akak2 assistant supervisor tu duk panggil aku makan dengan diorang. Mula-mula aku nampak diorang duk lambai-lambai, aku buat2 tak nampak je, lepas tu aku terserempak dengan kawan aku ni, Siyamah. Siyamah bagitahu aku yang Kak Ros pandang aku and dia cakap yang dia rasa Kak Ros nak ajak aku makan dia. Punyalah aku taknak makan dengan diorang siap tanya Siyamah lagi "wei..aku taknak makan dengan diorang..macam mana ni ?"  Then Siyamah cakap buat tak tau je. Aku pun buat tak tau. Masuk kerja habislah aku. haha. Bila dah masuk kerja, Kak Ros tanya kenapa aku buat tak nampak je dia duk lambai2 ajak aku makan dengan dia dengan Che Ros. aku pun dengan selamba je jawab, "Akak, takkanlah saya nak makan dengan akak, kan saya dah kena marah dengan akak tadi? Akak tak ingat cerita saya dengan Che Ros. Che Ros tu bukannya suka saya" selamba je aku jawab. Kak Ros pun duk gelak then dia cakap aku macam budak-budak pastu kuat merajuk. Dulu aku sekeras-kerasnya tak setuju dengan apa yang akak-akak tu cakap, bila aku fkir balik. SERIOUSLY, "apa aku buat wei time aku kerja dulu!!!!" Contohnya,

  • Aku boleh cakap dengan bos aku a.k.a supervisor, "akak, akak bocorkan rahsia saya eh dekat kak Af? sampai hati akak. Tak naklah kawan dengan akak" Then Kak Af pun cakap yang sebenarnya Kak Lin tak bocorkan pun rahsia aku, cuma surat tu dia dapat dari Kak Zana,suruh sampaikan kat Kak Lin sebab tulah Kak Af tau [ini kes surat berhenti]
          Nota: selamba kau syazana, duk cakap macam tu dengan bos kau, siap cakap taknak kawan lagi. Eh kisah pula Kak Lin tu nak simpan rahsia berhenti kau ? haha
  • Time Kak Lin ungkit-ungkit cerita lama dekat dalam office cerita aku merajuk tu, aku bagi alasan "takde time tu terkejut, Kak Ros(Che Ros) tu garang sangat. Then aku nak tutup kaunter, Che ros tu duk cakap dengan aku "Syazana..Mu, kata aku garang eh syazana ?" Alamak rahsia aku dah terbocor. Then Kak Ros duk tanya Che Ros "apedia" Che ros jawab " dia cakap kak ros garang".Kak Ros ni duk salah faham ingat aku cakap dia yang garang sedangkan Kak Ros(Che Ros) tu yang aku kata garang, tak pasal-pasal aku kena kejar dengan Kak Ros. Semput hang tau tak aku duk berlari kat tangga tu.
         Nota: Syazana, kau nak keje ke nak main, duk main kejar-kejar dengan Kak Ros? Gila.

  • Time tu musim Chinese New Year, semua orang yang keje shift morning kena extend sampai pukul 11malam. masa tu pula, aku jaga kaunter bahagian "hardline" bahagian elektronik,dan masa tu aku tak tau pun yang shift aku kena tukar, takde siapa berani bagitau aku end up aku tau juga yang shift aku kena tukar. Selamba je aku cakap dengan Kak Ros " akak, akak tutup kaunter saya awal tau, alaa bukannya ada orang nak beli barang elektronik malam-malam buta ni" Aku memang tutup awal pun hari tu.
          Nota : Suka hati kau je Syazana nak tutup kaunter awal. Ingat The Store tu ayah kau punya. haha
  • Time tu Shift aku pagi, so habis waktu kerja aku adalah pukul 7.30, selalunya pukul 7malam aku dah tutup kaunter then gi pejabat kira duit. Aku tengok jam dah pukul 7malam, tak tutup-tutup kaunter aku. Aku nampak Kak Nurul  then aku tanya " akak,kenapa saya tak tutup kaunter lagi? Akak tukar jadual saya senyap-senyap eh?" then Kak Nurul "Aku tak sentuh pun jadual tu hari ni,Syafee yang tak masuk-masuk lagi,kau gi marah dia" Syafee datang je kena marah dengan aku " Kau kenapa lambat sangat hah ? Wirid eh ? Ke tolong lipat sejadah kat surau tu?" Syafee tu dengan selamba je jawab"eh,janganlah marah.mana tau,ingatkan shift kau sampai malam" aku dengan geramnya jawab "shift aku bukan setakat sampai malam,aku tidur sini terus,nampak bantal tilam,toto kat situ." Kak Nurul duk gelak je tengok kerenah kitaorang then Kak Nurul cakap "Aku rasa syazana,hang dah tak sempat nak balik,dah 7.20, pintu dah tutup dah bila kau nak balik nanti,aku tukar jelah shift kau jadi full ari ni eh ?" sekeras-kerasnya aku taknak. Aku cepat-cepat masuk office kira duit,then terus lari-lari gi pintu sebab nak balik takut kena kunci lagi. Promoter sume duk tengok aku lari kat pintu tu siap cakap" cepat dik, HR nak tutup dah pintu tu" Dah sampai kat tangga, aku duk tengok kat bawah barang aku (hp &wallet) dah kena bawak masuk office HR dah. terpaksalah aku patah balik pergi office ambil barang. Jumpa akak HR, Kak farah siap cakap" tak sempat dah tukar jelah jadi full" aku jawab " akak,masa akak membebel suruh saya tukar ful baik akak bagi barang saya cepat,then saya boleh balik" akak tu gelak je. Aku pun patah balik semua akak cakap aku tak sempat. Memang tak sempat pun, then aku terjumpa akak HR yang jaga pintu tu " akak, saya nak balik..pleasee....mak saya dah tunggu kat bawah dah" then dia pun dengan baik hati buka lah pintu tu dengan pintu besi yang entah berapa mangga ada. Then aku pun tak menyempat-nyempat nak tunggu akak HR tu buka pintu boleh call mak aku cakap "ma, amik nana sekarang tau" haha. Kau memang cari nahas syazana. Tadi kau kata apa dekat akak HR tu? Dah lah dia bersusah payah bukakan pintu yang banyak mangga tu khas untuk aku sorang.
          Nota: aku tak tau kenapa aku buat macam tu, aku tipu HR wei, mesti HR tu geram kat aku. haha. Maaf akak HR.

Bila aku fikir balik,banyak lagi wei cerita, akak-akak kat situ layan je perangai aku. Sampai pernah sekali tu dia suruh aku diam dalam sehari. Eh aku buat tau. Aku betul-betul diam dalam masa sehari. Sampai semua duk tanya " kau okay tak ni?" aku pun jawab okay. Diam aku tak lama lepas Kak Ros sepak kasut aku "eh sakitlah" kak Ros " Baru betul kau, dengar pun suara kau". Banyak lagi wei, benda yang aku rasa tak patut aku buat time keje, aku buat. Rasa macam apa aku buat ni wei ?? Macam budak-budak.. Jujur aku cakap. Kurang kasih sayang mungkin, masa tu kakak aku busy dengan persiapan perkahwinan dia, abang aku lak busy dengan family dia. So,dengan akak-akak tu lah aku dk menggedik,mengada-ngada, mengacau, kena marah pun ada. 

Sekarang ? Aku cuma ada parents aku, nisa, ajrun dan aishah. Diorang je lah yang layan kerenah aku. Kadang-kadang aku teringin nak makan popcorn kat GSC tu. Pernah aku ajak ayah aku, merepek kan aku ? Ayah aku pun cakap "Ajaklah kawan kamu, takkan lah baba nak pergi tempat-tempat macam tu, tak sesuai". Niesa, Ajrun dengan Aishah. Mereka je lah yang tinggal untuk aku menggedik yang aku anggap macam adik-beradik aku. Aku tahu semua tu akan berubah. Satu hari nanti diorang pasti takkan ada untuk aku, aku taknak fikir satu hari nanti, satu hari nanti,biarlah, nanti-nanti aku fikir.

Sampai sekarang aku masih terfikir, apa aku buat wei kat The Store tu ?  Macam budak-budak. haha