Tuesday, December 31, 2013

Tick Tock Tick Tock

Pejam celik, pejam celik, dah 31 December 2013, hari terakhir untuk tahun 2013. Aku, di sini, di Shah Alam sedang menghabiskan sisa-sisa cuti pertengahan semester yang amat lama iaitu selama 2 minggu. Macam tak percaya, seperti diulit mimpi, aku adalah mahasiswi UiTM Arau,Perlis.  Rasa macam tak matang lansung. Sejujurnya, bila kenang balik selama 2 tahun setengah kat Arau, banyak aku belajar bukan setakat ilmu akademik tetapi kehidupan. Aku sedar yang aku ada tanggungjawab, bukan tanggungjawab jaga anak, kemas rumah, nak cari duit semua tu. bukan-bukan. Bukan sama sekali. Maksud aku, tanggungjawab sebagai anak, pelajar, JPK (dulu lah, setahun), tak lupa sebagai hamba Allah, itu yang paling penting tanggungjawabnya.

 Bila aku fikir balik masa zaman sekolah, tak dapat aku bayangkan, subjek Math aku A, Addmath aku jangan cakap, fail, Aku jadi MENTOR untuk subjek Math tapi MENTEE untuk subjek Addmath. Cikgu Math aku cakap mustahil pelajar Math dia A, subjek Addmath dia fail. JARANG! kalau ada pun Addmath dia C paling teruk. Errr..masa tu Chandra yakinkan cikgu Math aku yang orang tu wujud sebenarnya. Ya, aku. Teruk kan ? Aku pun tak percaya, but dont worry Addmath aku tak fail pun masa SPM, pass with flying colours okay ? jap,takdelah flying colours mana pun, flying colour je kot. Oh pasal MENTOR tu, aku teringat satu cerita waktu 1st day program mentor mentee math berlansung. Mentee aku, aku dapat budak 5fitrah, tiga-tiga orang tu,kelas 5FITRAH. So, disebabkan majoriti Mentee aku duk kelas 5F terpaksalah aku berhijrah seketika dari Blok Zaaba ke Blok Pak Sako (blok A) dengan hati yang tak rela. Oh tambah sorang lagi kawan aku sendiri nama dia bertindan dengan Mentor Farah Diyanah. then dia pilih nak jadi mentee aku. Selepas tiba di kelas 5FITRAH tu, macam biasalah cari port untuk duduk dengan mentee-mentee then datin datang ambil attendance and tanya siapa mentor kat sini,dia suruh angkat tangan. Di sini cerita menarik bermula. Menarik bagi aku, kalau rasa tak menarik, sila tekan pangkah kat atas tu. Kelas 5 FITRAH tu seberang dia adalah blok B dan kelas dia bertentang dengan bilik guru 3. So, bermulanya di sini. Masa datin masuk kelas 5 FITRAH tu, dia duk tanyalah  and briefing sume, entah macam manalah kan, aku duk tengok bilik guru 3 tu, semua tingkap dia tertutup. Aku tak tau kenapa aku pandang tingkap bilik guru tu sambil mendengar suara datin tu.Tiba-tiba, dalam banyak-banyak tingkap,tingkap yang betul aku pandang tu terbuka,guess who ??  Aku nampak sepasang mata dan aku amat mengenali sepasang mata, dia adalah cikgu Addmath aku. Bila datin suruh angkat tangan siapa yang jadi mentor untuk kelas 5FITRAH, aku pun angkat tangan. Aku tak tahu kenapa, dia nampak aku,dia duk buka tutup,buka tutup tingkap tu sambil mata dia terbeliak. Ya, aku jadi Mentor untuk subjek math cikgu. Salah seorang pelajar daripada kelas yang bukan dia memberi harapan. Selepas tamat sudah program itu selama 2 jam, aku pun pulang ke kelas asal aku dan teruskan sesi pembelajaran. Hari yang sama juga aku ada kelas Addmath dengan cikgu itu. Dia pun tanya siapa kelas E yang jadi MENTOR, dia suruh angkat tangan. Aku tak angkat pun tangan, aku nak tengok dia nampak ke ? Apa sebenarnya yang dia nampak sampai buka tutup buka tutup tingkap tu dengan mata dia yang terbeliak. Then dia sebut nama-nama yang angkat tangan tu dan terus mengakhirinnya dengan "...dan syazana,kan ?" Okay. Dia nampak. Dia ingat. haha.

Aku di universiti,
Aku belajar subtopik addmath dalam subjek business math dan statistic. Alhamdulillah, aku berjaya. Mungkin betul lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang. Hee.

P/s: aku tak pernah lupa saat itu, balik je dari kelas 5F aku cari geng aku, aku cerita kat diorang. Mesti dia terkejut kan ? Siapa yang kenal cikgu Addmath aku, pasti faham situasi aku. Sampai sekarang, saat itu masih segar diingatan aku. Tak, tiada secalit pun perasaan dendam itu ada. Aku cuma terkenang.

Dan kini aku seorang mahasiswi UiTM Arau,Perlis semester akhir. Doakan kejayaan saya.