Sunday, June 22, 2014

Bergantung harap

Bergantung harap
Aku takut dengar ungkapan itu
Kerana suatu ketika dahulu
Itu yang kerap
Aku lakukan

Sebab masa itu
Aku percaya semua orang

Sebab masa itu
Aku belum lagi dikhianati rakan baikku sendiri

Sebab masa itu
Aku ada keluarga aku

Sebab masa itu
Aku ada baba, mama, abang am dan kakak

Sebab masa itu
Aku masih bersekolah dan mentah

 Sebab masa itu
Aku belum pernah ditinggalkan

Sebab masa itu
Aku belum berjauhan dengan keluarga

Sebab masa itu
Aku belum dikecewakan

Sebab masa itu
Aku belum kenal beraneka manusia

Aku selalu dengar cerita mereka
Andai baba dengan mama mereka tidak dapat membantu,
Mereka punya adik-beradik yang sentiasa disisi,
Ya, mereka kata adik-beradik tempat yang boleh bergantung harap

Aku toleh kiri
Aku toleh kanan
Aku check Whatsapp aku
Aku check inbox sms aku
Aku check call history aku
Aku check inbox Facebook aku

Tiada pun mereka antara yang aku kerap hubungi
Tipu kalau aku kata tiada lansung
Ada, ya memang ada
Bawah sekali
Itupun ada yang lansung tak dibalas mereka

Itu kau kata bergantung harap pada adik-beradik?
Itu mungkin untuk kau sahaja
Bukan aku

Aku hanya ada Allah
Baba dan mama
Lain ?
Niesa, Aishah dan Ajrun
Mereka rakan aku
Lain lagi ?
Kau faham sendiri sahaja

Lalu
Aku belajar berhenti
Bergantung harap.