Tuesday, September 16, 2014

Kerja oh Kerja, Kenapa kau susah untuk dikejar ?

Tamatnya Diploma which is sem 6. Mulalah berkeliaran mencari pekerjaan untuk mengisi masa-masa yang terbuang. Kalau dulu masa belajar rasa macam tak sabar je nak habis, nak cuti puas-puas. nak tido puas-puas, nak makan tido makan tido. nak tengok semua cerita korea. Punya lah amik banyaaaakk gile cerita korea kat kawan. End up aku tengok SATU sahaja korean series. SATU !! Tu pun payah nak habiskan sebab busy dengan kerja. (MACAM  jadi manager sampai busy kan ?)

Well, Puas aku mencari. Aku hantar resume sana-sini. Aku pergi interview situ-situ. Tapi sayang seribu sayang, yang aku pergi interview semua nak suro aku start bulan 6. Kau tau tak, masa aku minta tu tengah bulan 4. Kau cuba bayangkan aku dah 2 minggu cuti ni dah terasa Bosan yang amat, ini kan pula nak tunggu bulan 6. huhhhh.. okay yang tu, minta aku jadi cikgu tadika. Demand aku tinggi tau. RM1000. Gila kan ? tapi dia nak. tapi kena start bulan 6 sebab tadika ada 2 sem in a year and blablabla. macam tu la. Siapa yang ada anak, dia faham. Mungkin ?

Then, aku hampir give up, aku rasa macam susahnya hidup. Nak cari kerja pun susah. Semua susah. Menyusahkan orang tu tau la. haha. End up, aku dengar cakap Aishah,cari kerja biasa-biasa je, siapa nak amik pekerja yang sekejap sekejap especially bila dia tau kita nak sambung degree.  Disebabkan aku bosan yang teramat kat rumah sampai tak tahu nak cakap dengan siapa. Rasa macam nak cakp je dengan patung Nemo and Brown kat katil aku tu. Tapi karang tak pasal-pasal parents aku duk risau anak dia cakap sorang-sorang.

Pencarian bermula lepas aku gi interview tadika tu ( Tadika Smart Reader's and Genius Aulad) and aku terus suruh ayah aku hantar gi Shah Alam Mall. Cari, cari, dan cari sampai rambang mata kot. Banyak sangat kedai tampal VACANCY.  Akhirnya langkah aku berhenti di kedai kasut Princess, aku minta FullTime tapi dia takboleh bagi. Dia nak Part Time, Still bagi no telefon. then dah dapat keje kat kedai kasut, tak puas lagi, tamak haloba punya perangai tiba-tiba muncul, aku gi pusing-pusing, then aku gi singgah kedai SPEEDY tu, (kot-kot dapat) tapi hati dah tau confirm aku tak dapat, takkan laa dia nak amik pekerja macam aku. Baru je nak tanya pasal ada kerja kosong tak, dia dah bagi borang suruh isi. Tak sempat nak tanya gaji berapa, segala bagai. Dia suruh gak isi tapi aku tak isi pun selagi dia tak bagitahu gaji. And then bila dia dah bagitahu aku saje je pergi tanya " Tapi kalau saya kerja sini, boleh sembahyang tak ?" haha. Kau tau dia jawab apa ? "Eh,boleh je. nak sembahyang apa-apa pun boleh" Perli ke kak ?  Bila dah isi borang segala bagai terus jadi tak menentu tak tau nak pilih yang mana satu. Definitely aku call Aishah sambil pusing-pusing mencari lagi (nampak tak tamak dia?) Aishah cakap baik keje SPEEDY sebab at least tak bosan + cuti 2 hari ( tapi tu pun tak yakin sebab terkejut keje macam tu cuti 2hari seminggu).


After 2 weeks,

Aku angkat call yang datangnya dari macam-macam company. Time ni laah rasa macam RETIS tau tak ?? Semua orang cari kau. Tapi sayang seribu sayang. Ada yang suruh aku datang interview sekejap je then InsyaAllah boleh dapat kerja (account assisstant tu) unfortunately, aku kena kerja time tu, siapa nak jaga kedai ? Nisa pula baru masuk. Dengan kau ajak kawan kau keje situ then kau pula yang nak berhenti, rasa macam tak best pula bila kau buat macam tu. Seriously time tu rasa macam "Wei gaji kat sana lagi banyak kot" then my mum said "Jangan jadi mata duitan, dah ajak nisa kerja sana, pastu tinggalkan dia, eloklah tu buat macam tu" Aku pun "Okay.Okay" dengan hati yang still "Banyak kot gaji kat sana". Hmmm Hmm.

But still Alhamdulillah, I've got a job.