Tuesday, September 16, 2014

On the last day

Hari terakhir aku kerja, 22 August 2014. Yup, hari berkabung untuk MH17. Cari baju warna hitam takde, sume tak basuh lagi sebab dah guna masa buat clearance. So, pakai je la baju warna malap.  Itu bukan main point yang aku nak cerita pun. So, abaikan je la.

Hari terakhir aku kerja. Hari terakhir aku akan akan pacak kedai, sapu sampah, lap-lap CD and DVD tu, cari stok, jaga kaunter, layan customer yang perangai macam-macam tu. Semua tu yang terakhirlah.  Aku ikut pesan kakak aku " Nanti bila last day, habis, biar habis kat situ je and jadikan Sppedy is one of your best memory" Pesan saat aku kecewa dengan decision aku sendiri. I try to enjoy myself kerja kat situ without Hanisah. Alhamdulillah, aku mampu lakukannya dengan orang-orang yang aku baru kenal. (Kak Mira, Kak Aina, Kak Nurul, Ika and Yaya).

Aku ikut pesan kakak aku, nak habis biar habis kat situ. Lepas Hanisah berhenti, aku dah mula rapat dengan Kak Mira.  Hanisah, kau patut tau, lepas hari kau berhenti tu, aku kerja dengan dia, AWKWARRRRD gila.. huhuhuhu. Penat tau aku cari topik untuk hilangkan ke-Akward-an TU . (Mana taknya, start habis je dia gi warehouse, aku cuti, kak mira keje, kak mira keje aku cuti) So, memang tak jumpalah. Dia jumpa Hanisah je. It was tooooo weird on the 1st day. haha. Tapi tu 1st day, sekarang dah last day dah. Aku pun duk fikir-fikir nak bagi apa. Nak bagi hadiah untuk Kak Mira, macam macam kalau Ika nampak macam mana ?  Yaya? Takkan takde untuk dia ? So as the conclusion aku bagi kek besar la jugak untuk 6 orang ( walhal, yang ada masa last day aku tu 4 orang je sebab Alam Sentral tak cukup staff, Kak Aina dah pindah sana, Ika kena jaga sana gak).

On that day tu, kau bayangkanlah, bila kau dapat tau kedai nak tutup for forever of courselah dah siap bungkus-bungkus semua masuk dalam kotak, siap berkotak-kotak kot kiteorang bungkus (okay, aku bungkus 3 kotak je, lain-lain tu Ika,Yaya,Kak Mira, Kak Dayah and Kak Nurul yang buat time aku cuti 4hari pergi Perlis. Hee) Unfortunately, on the day before, kau dapat tau bahawasanya kedai tak jadi tutup. Gila apa kan ? Cakap macam kap lam ya nga tapi manager tu Cina.  Kau dah laa dah bungkus berkotak-kotak hampir nak siap dah, siap serabut aku tengok kedai tu penuh dengan kotak yang dipenuhi dengan CD dan DVD untuk hantar kat HQ.  Kau tau kerja kau apa ? Buka balik semua kotak-kotak yang kau dah bungkus tu, then susun balik kat stor. JENUHHHH..  Last day aku kerja membuka kotak dan menyusun balik.

Time tu jugaklah aku rasa sayu, sayu sebab aku takkan lagi sapu sampah, lap-lap, cari stok, tukar lagu, buka cerita apa yang aku suka, angkat call "Hello Speedy" , cari pasal dengan Kak Mira, kacau Kak Nurul, tengok Kak Aina senyum, rasa menyampah kat Ika sebab dia kuat ngampu, borak dengan Yaya (dia gila sebenarnya, rasa nak gelak je bila borak dengan dia).

Aku pun susun-susunlah balik semua CD and DVD, then Kak Mira "Syaza, nanti kalau yang kat depan dah habis, restock balik tau, akak letak barang tu kat sini" aku pun macam pelik, yelah kau nak berhenti dah tapi duk bagitau aku and pesan suruh restock segala bagai aku pun dengan selamba jawab "Akak, harini last day saya, bilanya,saya nak restock" dia pun "Akak saje nak bagitau". then berkali-kali dia cakap pasal barang-barang tu  yang dia dah tukar stor melayu kat sini, korea kat belakang, stor english kat sebelah tu. Aku tak mampu nak cakap "akak, harini last day saya"  berkali-kali. Aku biarkan je dia cakap apa yang dia nak cakap walaupun aku tau,start je esok, aku dah tiada kena mengena dengan Speedy ape entah lagi Kak Mira.

Then Kak Mira cakap dengan aku nanti pukul 6 dia nak keluar kejap. Aku terus buat muka sebab dia dah janji dengan aku nak FULL masa last day aku. (suka hati aku jekan suruh boss aku Full,sedangkan staff banyak je haritu and memang boss balik petang) *gelakjahat* . Yang lawaknya dia siap cakap "akak keluar sekejap je, betul tak tipu, okay, akak tinggalkan beg, akak bawa wallet dengan handphone je"  *Kau ada boss macam tu? Haha* Then aku macam biasalah "akak keluar jangan tak balik tau, balik cepat" "Nak bagi akak hadiah eh ?" "Eeeee..perasannya, nak buat apa bagi akak hadiah" "Poyolah kau Syaza. Dah,akak nak keluar jap, nanti akak balik. Pukul 7"
Pukul 7 dia still tak balik-balik jugak. Kalau Yaya takde, dah lama aku call dia. Ikutkan hati aku nak call tapi taknaklah nanti takut TER'rindu'  pula. BAHAYA. haha. Lambat 15min lah juga. Dia datang je aku tegur dia " Kenapa akak lambat?" "Harinikan last day kau, kamu kan ada" "Ke,akak nangis eh? Sebab last day saya. Hahaha" "Kepala hotak kau,akak nak nangis sebab kamu"  okaaayyyyy..fine.

Dalam pukul 9malam, Aishah datang bawa kek yang aku order. And dia bawa popcorn Garret tau, dengan segala pesanan-pesanan dia tak lupa juga pinjam camera dia untuk selfie kat kedai (camera dia lawa gila untuk selfie. Percayalah) Thanks Aishah, kau jayakan last day aku.

Well aku pun bawaklah kek tu dengan perasaan segan silu, yang part feeling sedih sayu semua tu aku dah campak luar dan buang jauh-jauh. Hehe. Aku bawa kek tu dengan harapan, habis biar habis kat sini. Goodbye everyone. Hope I wont miss you and takdelah nak terkenang-kenang.  As usual aku duk bertekak dengan Kak Mira " eh, apa tu ?" " Errr.. akak rasa ?" "Ohh kek eh ? untuk akak eh ?" "Bukan untuk akak laa, untuk semua orang" "hmm yelaa..buka laa" "taknak,akak la buka" "ee,kamu yang bagi,kamulaa yang buka" "taknakk,akak laa yang buka" then dia pun buka. (Nampak tak, kek pun boleh jadi masalah) "Nah,kamu potong" "Eee,nak buat pe saya potong,akak laa potong" "kek kamukan ? last day kamu,kamulah potong" "taknak, akak boss kan? sila potong"  Yaya duk pandang je kiteorang bertekak. " tapikan, akak makan sikit ni jetau" "asal lak, takde tak kira,akak nak makan banyak sikit" "mana boleh, sikit je boleh, akak kan migrain" "argghh kisah akak?"  Gaduh lagi.

Tiba-tiba, "Lepasni, Yaya kena ikut akak tau, angkat beras" aku pun dengan selamba " Berapa kali akak nak beli beras? 2 minggu lepas dah beli beras, minggu lepas pun sama" "dah habis nak buat macam mana" "itupun nak suruh Yaya, haritu boleh je angkat sendiri" "Beratlah, minyak lagi, akak parking jauh" " Jauh pe benda, dekat tempat biasa akak parking tu kan ?" " tak,yang ni jauhla, tempat tu dah penuh"  (Gaduh lagi)

Lama gila dia gi Giant nak beli beras dengan minyak.  Jam dah pkul 9.45 dah, selalunya nak tutup kedai dah time tu. Aku pun call laa "akak, akak taknak tutup kedai eh? lamanya gi beli barang" "tutuplah kedai tu,akak gi toilet laa" Then bila dah tutup kedai dia bawa plastik Giant besar dalam tu ada satu kotak besar size rectangle and satu paperbag "Nah untuk kamu" Damnnnn.. Kenapa dia bagi hadiah. Aku suka dapat hadiah tapi bukan dari dia. bukan sebab aku tak suka dia cuma aku takut aku akan teringat kat dia. Aku takut aku Ter'rindu' dia. Saat aku jaga kedai dengan dia. Pesan kakak aku ? Tak terlaksana lah nampak gayanya.

Balik rumah, aku buka hadiah-hadiah tu, yang dalam kotak rectangle besar tu ada telekung warna PINK lagi kau. *mesti dia beli warna pink sebab ternampak 2DS aku warna putih pink* Tergamam sat aku nengoknya. Kau bayangkanlah, kau kerja kat tempat yang LAGHA, dapat telekung OKAAYYY ON YOUR LAST DAY. kahkahkahkah. Second hadiah dari dia yang dalam paperbag tu ada tudung. Nasib baik aku takde warna tu tau. haha. Aku sedih terharu serba salah happy. Argghhh semua ada. Dah buka hadiah tu, mandi sembahyang terus call Kak Mira. Lama gak laa aku duk borak dengan dia siap gelak-gelak.







P/S: kakak aku saje je bagi aku serba salah "kamu bagi dia apa?" "Kek" " Kek je? Kek tak boleh nak simpan sampai bila-bila, last2 hadam kek, berak. habis macam tu je" "janganlah buat nana serba salah" "Tengok dia bagi kamu macam-macam, yang telekung tu, paling murah rm50, campur kotak lagi? tudung lagi? paperbag lagi?" Kurang asam keping kakak aku. -.-







          *******************************************************************
Surat berhenti kerja pun aku tak sign lagi, sebelum aku cuti 4hari aku nak sign dia tak bagi sign sebab dia kata " Kalau akak bagi kau sign Syaza, mau esoknya kau dah berhenti, taknaklah, 22hb baru akak suro kau sign" Dia bagi surat berhenti pun lambat-lambat.

"Syaza."  "Apa?" "Kalau kau kerja 31hb kan mesti kau untung, public holiday, mesti banyak gaji kau" " Akak, saya dah nak masuk U dah" "Haha, dah masuk U eh ? Saje bagi kau lambat-lambat berhenti."

"Syaza." "Hmm" "Nanti akak cuti seminggu. yessss" " Bila? Lepas saya berhenti eh ?" "Taklah,minggu depan, Lepas kedai kat Giant tutup" "Akak ni,janganlah cuti time saya kerja,cutilah time saya dah berhenti" End up, Manager tak luluskan cuti Kak Mira. HAHAHAHA. *jahatnya aku*

"Syaza, nanti akak cuti panjang lepas kamu berhenti? "Ada saya kisah. haha. Cutilah akak, dah takde kena mengena denga saya pun" " dah takde kena mengena eh ? Okay" Tiba-tiba muka dia berubah, aku macam pelik, dia bukan takde perassan ke, takkan lah dia sedih.

"Syaza. Nanti bila akak boleh jumpa kamu lagi ?" "hah? apa dia?" "Akak nak bagi slip, macam mana akak nak bagi kamu?" "Erm slip ? Nisa punya eh ? Nanti saya suruh Nisa datang amik dia dekat je" "Tak, kamu punya," "Nanti-nantilah fikir, entah bila saya balik.Haha" Tapi aku pelik, aku tak pernah nak minta slip kat dia. Yang nak slip tu Hanisah sorang je.